Nama Kena Blacklist Di CTOS

Assalamualaikum…

Ini salah satu email yang aku terima dari seorang pembacafauzi2u.com. Beliau mengadu mengenai namanya yang telah di blacklist di CTOS. Nama beliau di blacklist di CTOS sejak 2008 sebab jadi penjamin kepada kawan.

“Terima kasih saudara Fauzi. Kalau ada peluang saya pasti akan cuba teknik ni (teknik beli 3 rumah dengan OD-ASB). Cuma sekarang nampaknya saya kena menyelesaikan beberapa perkara dulu sebelum bermula semula. Saya dah silap langkah sebelum ini. Mujur saya sempat beli sebuah rumah (sudah habis bayar pada tahun 2010 dan ada penyewa sekarang) dan sebidang tanah kosong berstatus rumah kediaman, kecil saja 0.2 ekar (masih ada pinjaman).

Masalah saya sekarang saya dah tidak boleh lagi buat pinjaman di bank kerana nama saya disenaraikan di CTOS sebab jamin kawan. Masa tu kami buat ‘loan cross guarantor’ (saya jamin dia, dia jamin saya). Tahun 2008 kawan saya ada masalah tidak dapat bayar pinjaman sehingga keluar surat saman. Rasa nak nangis jer time tu. Nasib baik dia dapat bayar tunggakan. Tapi nama saya tetap dalam CTOS.

Saya telefon perbadanan pinjaman tu dan diorang bagi jawapan kalau nak ‘clear’ kan nama, saya mesti langsaikan habis pinjaman tu baru pihak diorang akan keluarkan surat pelepasan. Itu pun CTOS kena juga tunggu 6 bulan baru boleh keluarkan nama saya dari senarai blacklist…huhu. Loan tu ada lagi rm9k nak settle. Sadis betul..sekarang tengah berusaha buat speed payment. Segala-galanya stuck. Tanah pulak takde hasil apa-apa, kosong je. Angan-angan dulu habis bayar rumah pertama nak buat pinjaman untuk buat rumah atas tapak tu. Itulah silap langkah namanya. Harap2 sempat saya capai impian tu.. huhu..”

Korang ada cadangan atau nasihat untuk kawan kita ni? Jom kongsikan cadangan korang dalam ruangan komen. Mudah-mudahan korang dapat bebankan sikit masalah dan bagi jalan keluar kepada kawan kita yang kena blacklist nama kat CTOS ni.

Wassalam…




No related posts.

This entry was posted in General. Bookmark the permalink.

10 Responses to Nama Kena Blacklist Di CTOS

  1. eezone says:

    CTOS ni memang sucks la…

    Setakat ni tak nampak kebaikan sistem CTOS ni malah lebih menjurus kepada penganiayaan. Sekarang bank negara dah guna sistem CCRIS. Kenapa nak tengok CTOS lagi kan?

    Dah la CTOS ni lembab, orang dah clearkan nama pun masih amik masa 6 bulan nak kasi clear rekod. Actually rekod clear ke? ada orang cakap once nama dah masuk ctos, memang nama akan kekal disitu cuma kita boleh bawak surat pelepasan je sebagai bukti dah clear. Kalau kena bank yang sengal, diorang masih akan kata nama kita dah ada dalam ctos so tanak kasi loan walaupun kita dah bersihkan nama.

    My advice, buat la JV dengan rakan2 yang namanya masih bersih dan boleh dipercayai. Maybe kalau nama wife clear, boleh guna nama wife untuk pursue matlamat pelaburan.

    Tidak dapat buat loan bukan bermakna segalanya berakhir…

  2. Maswady Bin Maskin says:

    Cadangan aku, check brapa baki pinjama rumah atau tanah tuh, yg mana bagi cash paling tinggi, jualkan. Lepas tuh setelkan hutang RM9k, tunggu na clear CTOS, start semula pelaburan hartanah…

  3. zaidi ismail says:

    Jual tanah , selesaikan hutang, clearkan nama , lepas tu boleh pulun buat harta.

    Masalah kewangan hanya boleh diselsaikan dengan kewangan, bukan dengan hati & perasaan.

    Salam

    Zaidi Ismail

  4. Cik Anon keje bank says:

    Assalamualaikum..CTOS mmg cenggitu..tapi Bank mmg tak dpt tidak nak gak refer CTOS gak. Ada pro + cons la.. Sebenonyer..nak approve loan byk bergantung pada discretion manager bank tu sendiri selain existing guidelines. Kalau sekadar guarantor &loan amt less than RM30K, (tambah kes ni tinggal RM9K je outstanding..)bank masih boleh consider subject to ada strong backup liquidity dan applicant’s character of repayment kat CCRIS. Means evaluation pihak bank bukan le kejam sangat kalau CTOS +ve ajer terus reject..
    cuma ikhlas cakap, tolonglah elak jadi guarantor ..biar nampak kejam, tujuan kite cuma nak elak kes lebih teruk dikemudian hari..unless kite ada mindset mmg nak tolong bayarkan loan orang yg nak guarantee tuuu..sebab guarantor tu nama je guarantor, tapi maksud lebih tepat – peminjam jugak sebenarnya..yakni peminjam yang dicarik bank lepas peminjam lg sorang tak dapat byr utang..

  5. Aishah says:

    Salam. Just to share, once name in citos it’ll permanently there. Istilah nama “clear” tu is more latest status. Contohnya if nama masuk ctos bcoz of saman credit card, once credit card tu settle status in ctos akan bertukar dari summon issued to account settle. Tp everytime buat loan or check ctos nama tetap ada. Walaupun nama ada tp kalo dah settle tak da problem buat loan.

    Dalam kes encik diatas ni, sy cadangkan supaya kawan encik buat loan restructure to regularize the account. Walaupun loan tak fully settle tp bank blh issue letter to say loan regularize. Dpt je letter tu g direct ke ctos office, dia org akn update status immediately. Kalo tnggu bank to instruct ctos memang lmbt coz bank submit in batch.
    Problem encik ni insyaAllah blh settle lg pun encik penjamin & amount pun x besar. Go to the bank & discuss…gud luck!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge