Assalamualaikum..
Ramai lagi yang masih tidak tahu atau tidak memanfaatkan sepenuhnya kelebihan akaun 2 KWSP mereka. Untuk pengetahuan korang, pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan akaun 2 untuk mengurangkan/melangsaikan baki pinjaman perumahan ataupun membuat bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Pendapat peribadi aku, sepatutnya pencarum memanfaatkan sepenuhnya simpanan KWSP Akaun 2 bagi kedua-dua tujuan di atas. Kenapa aku berpendapat sedemikian? Ini kerana dividen KWSP agak rendah jika dibandingkan dengan kadar keuntungan instrument pelaburan lain seperti Amanah Saham, hartanah, kadar kenaikan harga emas dan silver dan sebagainya. Jika dilihat pada tahun lepas, KWSP hanya mengumumkan pengagihan dividen bagi tahun kewangan berakhir 2010 sebanyak 5.80% sahaja jika dibandingkan dengan dividen ASB 8.75%, kenaikan emas lebih 20% dan kenaikan silver melebihi 70%.
Jom kita tengok contoh ini. Jika simpanan KWSP seorang pencarum adalah sebanyak RM 50,000, jumlah dividen yang diperolehinya hanya RM 2,900. Tetapi jika jumlah tersebut dikeluarkan untuk melangsaikan pinjaman perumahan yang berbaki RM 50,000 (pengiraan mudah dengan andaian tempoh pinjaman berbaki 10 tahun pada kadar faedah 5.8%), dia telah berjaya menjimatkan faedah pinjaman sebanyak lebih kurang RM 16,000.
Mengambil contoh yang sama, jika pengeluaran bulanan dilakukan dari akaun 2 KWSP, wang gaji yang biasanya diperuntukkan untuk membayar pinjaman perumahan boleh di laburkan di tempat lain yang dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, jangan biarkan akaun 2 KWSP korang pasif. Lakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk keuntungan yang berganda:-)
Wassalam..
Nota : Korang pernah kira tak berapa lama duit KWSP boleh bertahan selepas korang pencen nanti?





bro, aku dengar skang klo cam nak beli umah leh transfer 30% from Akaun 1 masuk ke Akaun 2.. btui ker?
setakat yang aku tau, tak boleh bro..mana bro dapat sumber ni?
Tuan, berapa banyak rumah boleh dibayar dari akaun 2?
Faiz recently posted..Easily Solved Stream Closed Error When Click on Coreapplication
Bro, satu rumah sahaja dalam satu2 masa
Kes 1: Lepas 1 tahun pengeluaran untuk ansuran RUMAH1 pembatalan dibuat. Untuk next pengeluaran, boleh tak mohon untuk buat pengeluaran ansuran rumah untuk RUMAH 2? atau hanya boleh buat next pengeluaran untuk rumah yang sama (RUMAH1).
Kes 2: KWSP akan bayar direct ke akaun pinjaman rumah atau ke akaun simpanan pemilik rumah?
Faiz recently posted..Easily Solved Stream Closed Error When Click on Coreapplication
Kes 1 : Boleh.
Kes 2 : Bergantung kepada pencarum. KWSP akan bayar mengikut nombor akaun yang diberi oleh pencarum. Kalau bagi no akaun loan, KWSP akan bayar direct dan sebaliknya
Salam Tuan,
Minta tunjuk ajar tuan untuk:
1. Cara apply pembayaran ansuran rumah ini x???
2. Berapa byk yg KWSP akan bayar utk satu bulan??
Wslm Tuan,
1. – Kena dapatkan penyata terkini dari KWSP dan baki terkini pinjaman perumahan dari bank berkaitan
– Salinan IC dan no acc bank yang nak KWSP bayarkan
untuk detials boleh refer ker website KWSP
2. KWSP akan bayar berdasarkan jumlah bayaran bulanan loan kita kepada pihak bank. Kalau ada perubahan disebabkan oleh BLR, pencarum kena inform pihak KWSP untuk jumlah bayran terkini selepas perubahan tersebut.
Minta tuan btulkan statment di bawah…..
Katakan:
1. Monthly installment rumah = 1000
2. simpanan KWSP akaun 2 = 300
maka kita hanya bayr 700 instead 1000… btul x??
Lagi satu… knp kita kena inform kwsp mengenai BLR??
Bukan macam tu pengiraannya. KWSP akan tengok berapa jumlah simpanan akaun 2 yg bro ada. Contoh kalau ada RM 30,000, bro boleh keluarkan RM 1,000 setiap bulan selama 30 bulan. Selepas habis 30 bulan tu kalau nak buat pengeluaran lagi kena apply baru dgn KWSP.
Bila BLR berubah, automatik byran bulanan ke bank akan berubah. Kalau bro tak inform, KWSP still akan buat pengeluaran berdasarkan jumlah asal yg bro apply dulu…melainkan kalau loan rumah bro fixed so takde masalah la.
Tq…. Info tuan byk membantu….
No problem..
ramai yang tak tahu tentang perkara ni. diorang takut di hari tua nanti takde bekalan. Akaun 1 boleh dikeluarkan untuk lain2 instrument spt Amanah Saham dan Unit Trust. Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelian rumah, kemudian keluarkan wang tersebut dan laburkan di instrument lain yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi daripada KWSP.
fitri recently posted..Perkara yang sedang berlaku sekitar 2012
ramai yg tak tahu ker ramai yang tak nak ambik tahu?